KALIMAH "taqwa" (al-taqwa) biasanya diterjemahkan sebagai "takut". Makna
harfi ini tidak menepati takrif takwa itu. Mengikut Imam al-Ghazali
rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa
tiga makna:
.
.
~ Pertama,
bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip
kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah: Dan
bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah.
(2 : 281) ~ Kedua, bermakna taat.
Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya: Hai
sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan
sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102) ~ Ketiga, mengandungi maksud,
menyucikan hati daripada dosa. Contohnya
dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang
beroleh kemenangan. (24 : 52)Kalimah "bertakwa" dalam ayat
terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah
"taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat
di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan
hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah
takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucuikan hati daripada
dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya
memelihara diri daripada segala maksiat".